All posts by penapina

About penapina

Saya ingin belajar jadi muslimah yang lebih baik. 🌹 Blog ini buat khusus berisi tentang wanita. 🌹 Mohon ktitik dan saran yang membangun, demi kebaikan para wanita muslimah.

WANITA IBARAT BUNGA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Duhai Wanita

Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah. Tercipta daripada tulang rusuk adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukan diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya.

image

Ibarat bunga,
Cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara. Yang kekal menjadi pujaan manusia hanyalah wanita yang mulia akhlaknya, karena akhlak itu umpama bunga diri. Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlak buruk. Tiada guna berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu.

Ibarat bunga,
Ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya. Adapula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan. Adapula bunga yang tidak menarik  pada pandangan mata kasar, tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya.

Wanita adalah makhluk Allah yang amat mulia.

Posted from WordPress for Android

Advertisements